Sunday 12 March 2017

NASI KERABU

NASI KERABU

    Nasi kerabu merupakan hidangan nasi yang asalnya berwarna kebiruan dan biasanya dimakan dengan ikan kering,ayam bakar,daging bakar,telur masin,keropok,budu dan ulam-ulaman lain.Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan.


        Namun kini kesukaran menyediakan pewarnanya,menyebabkan ia disediakan bersama nasi putih biasa atau warna nasi kerabu kuning dimasak dengan menggunakan kunyit.



        Terdapat pelbagai variasi Nasi kerabu yang berdasarkan kepada warnanya.Terdapat Nasi Kerabu Kuning,Nasi Kerabu Putih,Nasi Kerabu Hitam dan Nasi Kerabu Biru.


        Nasi kerabu begitu popular di negeri pantai timur sepeti Kelantan dan Terengganu,dan sekarang ini ia boleh didapati di seluruh negara.Ia juga sering dimakan bersama solok lada.Nasi kerabu juga enak dimakan bersama solok lada.


Image result for nasi kerabu kelantanBAHAN-BAHAN


KUAH TUMIS

*Santan*7 ulas bawang merah*1/2 labu bawang putih*3 bawang besar*15 cili kering*1 cm halia*1 serai - ketuk*1 asam keping*2 sb gula *Sedikit gula melaka*2 sb budu*Garam (kena rasa masin dulu)

CARA-CARA

1.Blend semua bahan di atas kecuali serai diketuk. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi. Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.
2.Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, budu dan gula. Jika menggunakan budu, dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam. Masak sehingga pecah minyak. 

Nota: Kuah tumis biar ada rasa masin masin sikit. Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat. Kalau makan pagi, disediakan disebelah malamnya.

SAMBAL KELAPA




*1 Ikan kembung - rebus & ambik isi
*1/2 biji kelapa parut - goreng
*4 bawang merah
*2 batang serai
*Garam
*Gula

CARA-CARA

1.Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit.  Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng. 

2.Tumbuk lagi sekali. Kali ini saya cuma menggaul rata, tak ditumbuk lagi selepas digaul. Masukkan garam dan gula.


ULAM ULAMAN

Kacang panjang
Kubis
Timun
Daun kesum
Bunga kantan
Bawang besar

 *Hiris halus kesemua ulam ulaman.


SAMBAL CILI

Cili padi
Cuka
Garam
Gula 

*Sambal cili adalah wajib jika tak dibuat kuah tumis. 


LAUK PAUK

Telur masin 
Ikan rebus goreng celup tepung
Image result for nasi kerabu kelantan
Daging bakar
Daging goreng atau ayam goreng
Keropok atau keropok lekor
Solok lada
Bawang putih jeruk
Atau apa apa jer yang disukai


CARA MENGHIDANG

1.Letakkan nasi di dalam pinggan. Masukkan ulam ulaman diikuti dengan sambal kelapa.

2.Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis, budu dan sambal.

3.Akhir sekali, letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup tepung, daging goreng dll.

4.Jika suka letakkan pulak sayuran seperti solok lada, bawang putih jeruk dll.



  Source:http://aziejaya.blogspot.my/2012/05/nasi-kerabu-kelantan.html

No comments:

Post a Comment