KETUPAT DAUN PALAS

Tidak hairanlah kalau di Hari Raya,ketupat ini tidak dimakan
bersama rendang atau serunding kerana rasa lemak manis sudah cukup
sebagai penyedap lidah kita.
BAHAN-BAHAN
*1 kilo beras pulut (4 cawan) (revised : rendam pulut lebih kurang 2jam)
*2 1/2 cawan santan pekat (pati santan)
*2 cawan santan cair
*1 cb gula
*1 cb garam daun palas secukupnya
CARA-CARA
1. Beras pulut dibersihkan dan toskan airnya. Asingkan.
2. Tuang kedua dua santan ke dalam periuk dan didihkan.
3. Kemudian masukkan beras pulut, garam dan gula.
4. Kacau pulut sehingga 1/2 masak ataupun sehingga airnya kering dan pulut tidak lagi melekat di kuali.
Gunakan api sederhana dan sentiasa mengacau supaya pulut tidak melekat dan hangus.
5. Padamkan api. Angkat kuali dari dapur dan biarkan pulut sejuk.
6. Ambil sehelai daun palas yang telah dibersihkan dan balut seperti biasa. Buat sehingga habis kesemuanya.
7. Rebus/kukus lebih kurang 1 ke 1 1/2 jam.
8. Angkat dan sejukkan sekurang kurangnya 4 jam sebelum dipotong
No comments:
Post a Comment