AKOK KHEDDUT dan AKOK BUNGA
Sejenis kuih yang sangat sinonim dengan negeri KELANTAN dan popular di mana-mana negeri lain terutamanya ketika bulan puasa.
Kuih akok adalah kuih yang diperbuat menggunakan telur,pati santan,gula,gula melaka,tepung gandum dan daun pandan sebagai pewarna dan pewangi.Walaupun kuih akok memang simple,tapi ramai yang menggemari kuih ini.
Kenapa ia dipanggil Akok Kheddut?Hal ini kerana kuih akok yang kecil dan berkedut.Akok ini biasanya didapati dalam dua warna iaitu perang atau hijau.Warna hijau dipengaruhi oleh kuantiti telur dan juga perisa daun pandan.
Dalam pada itu,Akok Bunga atau di Terengganu dikenali Menganang menggunakan resepi yang lebih kurang sama dengan Akok Kheddut tetapi bentuknya lebih besar seakan sebiji kek.
Akok biasanya dihasilkan bagi jualan harian.Akok biasanya tidak tahan lama,dan perlu didinginkan untuk disimpan lebih lama.Pada kebiasaannya ia dihasilkan berbentuk bujur.Disebabkan ia tidak tahan lama,akok tidak dibuat bagi jualan komersial,dan biasanya ia dihasilkan hanya bagi kegunaan sendiri,atau jualan runcit menutut tempahan,bukan untuk tujuan borong.
BAHAN-BAHAN(21 biji)
*5 biji telur
*200 ml pati santan
*100 ml air
*150 gram gula melaka
*30 gram tepung gandum
*3 helai daun pandan - disiat-siat
*2 cubit garam halus
CARA-CARA
1.Masak air bersama gula melaka dan daun pandan hingga mendidih. Tutupkan api.
2.Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur dan tepung. Blender sehingga rata. Tapiskan.
3.Panaskan oven pada suhu 200C. Panaskan acuan baulu/muffin ke dalamnya. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
4.Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.
*200 ml pati santan
*100 ml air
*150 gram gula melaka
*30 gram tepung gandum
*3 helai daun pandan - disiat-siat
*2 cubit garam halus
2.Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur dan tepung. Blender sehingga rata. Tapiskan.
3.Panaskan oven pada suhu 200C. Panaskan acuan baulu/muffin ke dalamnya. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
4.Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.
No comments:
Post a Comment