Sunday, 19 March 2017

KUIH BUTIR NANGKA

BUTIR NANGKA

Related image Sejenis kuih basah atau berkuah yang kelihatan sama dengan badak berendam namun ianya ada kelainaan dari segi pembuatan dan tekstur buah nangkanya yang berwarna warni.

Image result for BUTIR NANGKA KELANTAN
Warna hanyalah sekadar persembahan kepada pemakannya,dan ada juga biji nangka yang berwarna sekata semuanya.Kanak-kanak mesti teruja kalau tengok kuih warna warni sebegini.


Bahan-bahan ( 7-8 orang )

  • 4 cawan tepung beras pulut ( saya buat 1 cawan jer)
  • air
  • sedikit kapur makan
  • secubit garam dan pewarna hijau @ air daun pandan
  • (bahan utk kuah)
  • santan dari setengah biji kelapa
  • gula
  • 1 sudu makan halba.. tak letak
  • garam
  • daun pandan



Cara-cara

  1. masukkan sedikit air ke dalam bekas, masukkan sedikit kapur makan bersama secubit garam serta pewarna.                                                                                
  2. masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di gaul.     
  3. buat sehingga adunan menjadi doh dan tidak melekat di tangan. tambah air ikut keperluan.                            
  4. panaskan air hingga mendidih, masukkan doh yang telah digentelkan... bila masak ia akan timbul..               
  5. apabila dah timbul tu, terus cedokkan dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air.                                                                                                             
  6. untuk kuahnya pula, masukkan semua bahan kedalam periuk, masaklah hingga mendidih.                                                                                                
  7. bila dah siap bolehla dicampurkan butir nangka bersama kuahnya. sedia untuk dihidang.....                                                                                                        
  8. lebihkan santan kalau nak kuah banyak. begitu juga dengan halba. boleh ditambah sukatannya kalau suka.                                                                                                                   

Source:http://www.kongsiresepi.com

 

NASI MANIS

Image result for NASI MANIS DI KELANTAN

NASI MANIS

 

Nasi manis merupakan sejenis pulut yang rasanya sangat manis dan kebiasaanya nasi manis ini dimakan begitu sahaja tanpa lauk dan dibuatkan sebagai manisan pencuci mulut untuk majlis-majlis perkahwinan atau pertunangan.


Image result for NASI MANIS DI KELANTAN Nasi Manis ini mungkin lebih dikenali di tempat lain dengan nama wajik.Satu makanan tradisional di Kelantan yang boleh juga anda jumpa di kebanyakan warung yang menjual kuih muih di waktu pagi.Ada juga yang memanggil kuih ini sebagai pulut pagi terutamanya orang-orang tua di kampung.


BAHAN-BAHAN:

*3 tin susu beras pulut dicuci dan dimasak dengan 1 1/2 tin susu air sehingga masak.
*1/2 kg kelapa parut diperah dengan 1 tin susu air.

*1/2 kg gula nipah atau gula melaka secukup manis.


CARA-CARA

1.Mula-mula masukkan beras pulut,seperti kita masak nasi.

   2.Masakkan pati santan hingga mendidih.

     3. Masukkan gula nipah atau gula melaka ke dalam santan yang sedang mendidih.

4. Masukkan nasi yang telah dimasak ke dalm santan dan gaul hingga sebati.

    5. Pulut yang telah digaul tadi dipadat dalam bekas. bila telah sejuk, boleh dipotaong dan apa lagi, boleh dimakan.

Source:www.caridestinasi.com

Source:http://www.kongsiresepi.com/read/7830/0/

KUIH LOMPAT TIKAM

LOMPAT TIKAM

Image result for LOMPAT TIKAM KELANTAN

Sejenis kuih yang dimakan dengan kuahnya yang manis yang dimasak menggunakan gula melaka.Lompat Tikam di Kelantan lebih berwarna warni dengan isi pulut merahnya bersama potongan adunan tepung kuihnya yang berwarna hijau dan putih.


Kuih Lompat Tikam mempunyai dua lapisan,iaitu lapisan tepung yang biasanya berwarna hijau di bahagian bawah dan lapisan santan di bahagian atas,Bahagian ini dibuat tawar kerana ia dimakan bersama air nisan atau air gula.

 

BAHAN-BAHAN

* 1 cawan tepung beras  

*1 tbsp tepung jagung  

*3 1/2 cawan air di kisar bersama 6 helai daun pandan dan tapis  sedikit air kapur

CARA-CARA

1.Satukan semua bahan-bahan diatas dan kacau hingga tiada ketulan tepung.

2. Masakkan atas api yang sederhana dan sentiasa kacau agar tidak hangus.

3. Bila adunan kuih telah berkilat warnanya tuangkan ke dalam loyang yang sesuai.Sejukkan. 

Image result for LOMPAT TIKAM KELANTAN4.Bila telah sejuk potong mengikut selera masing masing dan hidang bersama pulut merah,air gula melaka dan santan.

 BAHAN-BAHAN UNTUK SANTAN

* 1/2 cawan santan pekat  

*1 cawan air sedikit garam 

*2 tbsp tepung beras  

*1 helai daun pandan  


CARA-CARA

1.satukan semua bahan-bahan diatas  

2.Panaskan atas api dan kacau perlahan-lahan. Bila mendidih matikan api. Sejukkan sekejap. 

3.Jika suka pekat boleh tambahkan sedikit lagi tepung beras  


 UNTUK SIRAP GULA MELAKA

* 1/2 cawan gula merah dimasak dengan 
*1 cawan air dan sehelai daun pandan hingga pekat.sejukkan baru dihidangkan bersama lompat tikam  

UNTUK PULUT MERAH

* 1 cawan pulut rendam selama 1 jam.Bersih dan toskan
*Masukkan 1/3 cawan santan,sedikit garam,sedikit pewarna merah dan 1 helai daun pandan.Kukus hingga masak


Source:http://www.kongsiresepi.com

Source:www.azlitamasammanis.com

Source:www.caridestinasi.com


 

 

PULUT BAKAR DAN PULUT PANGGANG

 PULUT BAKAR dan PULUT PANGGANG



Image result for PULUT BAKAR KELANTAN
PULUT BAKAR 
Sejenis pulut kosong yang dibalut di dalam daun pisang dalam bentuk membulat dan dibakar di atas bara api.Sedap dimakan panas-panas dan kebiasaannya dijual di kebanyakan warung dan pasar-pasar sebagai sarapan pagi.
Ada yang membungkus pulut ini bersama sambal dan inti kelapa sira manis.Satu kuih tradisi di Kelantan yang sering menjadi pilihan orang kampung untuk sarapan pagi.



Image result for pulut panggang kelantan  

PULUT PANGGANG 
Pulut yang berinti sambal ikan dan digulung dengan daun pisang sebelum dibakar di atas bara api.Dari luar pulut ini kelihatan sama dengan Pulut Leppe di Terengganu namun rasa pulutnya di Kelantan lebih manis.
Inti ikan atau kelapa juga kebanyakan berwarna merah keperangan berbanding di Terengganu yang berwarna kelabu.




BAHAN-BAHAN


*2 cawan beras pulut
*3 sudu besar minyak masak 
*2 cawan air / boleh gantikan dengan 
*2 cawan santan cair
sedikit garam

CARA-CARA


 Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi, masak seperti memasak nasi biasa. Sejukkan sebentar.

BAHAN INTI

*1/2 cawan kelapa parut putih

*3 ulas bawang merah 
*2 ulas bawang putih- tumbuk halus
*2 batang serai- hiris halus dan tumbuk
*3 sudu besar cili kisar- ikut citarasa pedas
segenggam udang putih- buang kepala dan ekor- hiris kecil
 *sedikit serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Hidupkan api  dan kacau campuran inti hingga sebati dan agak kering. Tambah garam dan gula secukupnya.

2. Jika ingin inti lebih tahan lama, tumiskan bawang, merah dan putih, serai,udang dan cili hingga garing, kemudian barulah dimasukkan kelapa... Kacau sebati hingga inti agak kering.

3.Sediakan daun pisang yang dilayur s
awah.ecukupnya. Sapukan sedikit minyak.b



Source:http://periuktanah.blogspot.my/2011/03/pulut-panggang.html Source:www.caridestinasi.com

Sunday, 12 March 2017

KETUPAT DAUN PALAS


KETUPAT DAUN PALAS



Ketupat yang sering menjadi salah satu menu kuih sarapan pagi di Kelantan.Pada kebiasaanya terdapat yang jenis rebus dan juga yang digoreng.Ketupat daun palas di Kelantan lebih kepada rasa lemak manis.
      Tidak hairanlah kalau di Hari Raya,ketupat ini tidak dimakan bersama rendang atau serunding kerana rasa lemak manis sudah cukup sebagai penyedap lidah kita.
       Ketupat daub palas atau ketupat pulut ialah ketupat yang menggunakan daun pokok palas sebagai pembungkusnya.Berbeza dengan ketupat daun atau ketupat nasi ialah dari segi bentuk,saiz,penggunaan daun untuk membalut beras.Ketupat daun atau ketupat nasi,dianyam berbentuk segi empat segi ataupun berbentuk bawang dengan menggunakan daun kelapa.Ketupat palas pula berbentuk tiga segi dan dibungkus menggunakan daun palas.


BAHAN-BAHAN



*1 kilo beras pulut (4 cawan) (revised : rendam pulut lebih kurang 2jam)
*2 1/2 cawan santan pekat (pati santan) 
*2 cawan santan cair
*1 cb gula 
*1 cb garam daun palas secukupnya

CARA-CARA



1. Beras pulut dibersihkan dan toskan airnya. Asingkan. 

2. Tuang kedua dua santan ke dalam periuk dan didihkan. 

3. Kemudian masukkan beras pulut, garam dan gula. 

4. Kacau pulut sehingga 1/2 masak ataupun sehingga airnya kering dan pulut tidak lagi melekat di kuali. 
Gunakan api sederhana dan sentiasa mengacau supaya pulut tidak melekat dan hangus.

5. Padamkan api. Angkat kuali dari dapur dan biarkan pulut sejuk. 

6. Ambil sehelai daun palas yang telah dibersihkan dan balut seperti biasa. Buat sehingga habis kesemuanya. 

7. Rebus/kukus lebih kurang 1 ke 1 1/2 jam. 

8. Angkat dan sejukkan sekurang kurangnya 4 jam sebelum dipotong






Source:http://wattieshomemadecakes.blogspot.my/




NASI KERABU

NASI KERABU

    Nasi kerabu merupakan hidangan nasi yang asalnya berwarna kebiruan dan biasanya dimakan dengan ikan kering,ayam bakar,daging bakar,telur masin,keropok,budu dan ulam-ulaman lain.Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan.


        Namun kini kesukaran menyediakan pewarnanya,menyebabkan ia disediakan bersama nasi putih biasa atau warna nasi kerabu kuning dimasak dengan menggunakan kunyit.



        Terdapat pelbagai variasi Nasi kerabu yang berdasarkan kepada warnanya.Terdapat Nasi Kerabu Kuning,Nasi Kerabu Putih,Nasi Kerabu Hitam dan Nasi Kerabu Biru.


        Nasi kerabu begitu popular di negeri pantai timur sepeti Kelantan dan Terengganu,dan sekarang ini ia boleh didapati di seluruh negara.Ia juga sering dimakan bersama solok lada.Nasi kerabu juga enak dimakan bersama solok lada.


Image result for nasi kerabu kelantanBAHAN-BAHAN


KUAH TUMIS

*Santan*7 ulas bawang merah*1/2 labu bawang putih*3 bawang besar*15 cili kering*1 cm halia*1 serai - ketuk*1 asam keping*2 sb gula *Sedikit gula melaka*2 sb budu*Garam (kena rasa masin dulu)

CARA-CARA

1.Blend semua bahan di atas kecuali serai diketuk. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi. Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.
2.Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, budu dan gula. Jika menggunakan budu, dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam. Masak sehingga pecah minyak. 

Nota: Kuah tumis biar ada rasa masin masin sikit. Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat. Kalau makan pagi, disediakan disebelah malamnya.

SAMBAL KELAPA




*1 Ikan kembung - rebus & ambik isi
*1/2 biji kelapa parut - goreng
*4 bawang merah
*2 batang serai
*Garam
*Gula

CARA-CARA

1.Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit.  Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng. 

2.Tumbuk lagi sekali. Kali ini saya cuma menggaul rata, tak ditumbuk lagi selepas digaul. Masukkan garam dan gula.


ULAM ULAMAN

Kacang panjang
Kubis
Timun
Daun kesum
Bunga kantan
Bawang besar

 *Hiris halus kesemua ulam ulaman.


SAMBAL CILI

Cili padi
Cuka
Garam
Gula 

*Sambal cili adalah wajib jika tak dibuat kuah tumis. 


LAUK PAUK

Telur masin 
Ikan rebus goreng celup tepung
Image result for nasi kerabu kelantan
Daging bakar
Daging goreng atau ayam goreng
Keropok atau keropok lekor
Solok lada
Bawang putih jeruk
Atau apa apa jer yang disukai


CARA MENGHIDANG

1.Letakkan nasi di dalam pinggan. Masukkan ulam ulaman diikuti dengan sambal kelapa.

2.Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis, budu dan sambal.

3.Akhir sekali, letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup tepung, daging goreng dll.

4.Jika suka letakkan pulak sayuran seperti solok lada, bawang putih jeruk dll.



  Source:http://aziejaya.blogspot.my/2012/05/nasi-kerabu-kelantan.html

AKOK KHEDDUT DAN AKOK BUNGA

AKOK KHEDDUT dan AKOK BUNGA


Image result for AKOK KELANTANSejenis kuih yang sangat sinonim dengan negeri KELANTAN dan popular di mana-mana negeri lain terutamanya ketika bulan puasa.

Image result for AKOK KELANTANKuih akok adalah kuih yang diperbuat menggunakan telur,pati santan,gula,gula melaka,tepung gandum dan daun pandan sebagai pewarna dan pewangi.Walaupun kuih akok memang simple,tapi ramai yang menggemari kuih ini. 

Kenapa ia dipanggil Akok Kheddut?Hal ini kerana kuih akok yang kecil dan berkedut.Akok ini biasanya didapati dalam dua warna iaitu perang atau hijau.Warna hijau dipengaruhi oleh kuantiti telur dan juga perisa daun pandan.

Dalam pada itu,Akok Bunga atau di Terengganu dikenali Menganang menggunakan resepi yang lebih kurang sama dengan Akok Kheddut tetapi bentuknya lebih besar seakan sebiji kek.

Akok biasanya dihasilkan bagi jualan harian.Akok biasanya tidak tahan lama,dan perlu didinginkan untuk disimpan lebih lama.Pada kebiasaannya ia dihasilkan berbentuk bujur.Disebabkan ia tidak tahan lama,akok tidak dibuat bagi jualan komersial,dan biasanya ia dihasilkan hanya bagi kegunaan sendiri,atau jualan runcit menutut tempahan,bukan untuk tujuan borong.

BAHAN-BAHAN(21 biji)

*5 biji telur
*200 ml pati santan
*100 ml air
*150 gram gula melaka
*30 gram tepung gandum 

*3 helai daun pandan - disiat-siat
*2 cubit garam halus 
    CARA-CARA

    1.Masak air bersama gula melaka dan daun pandan hingga mendidih. Tutupkan api.

    2.Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur dan tepung. Blender sehingga rata. Tapiskan.

    3.Panaskan oven pada suhu 200C. Panaskan acuan baulu/muffin ke dalamnya. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.

    4.Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut. 


    Source:http://aziejaya.blogspot.my/2012/05/kuih-akok-berkedut-kedut-yang-sedap.html

    Source: http://mts3042nikmohamadizani.blogspot.my/2013/11/kuih-akok.html

    KUIH TAHI ITIK

    KUIH TAHI ITIK



    Image result for kuih tahi itik kelantanKuih tahi itik merupakan sejenis kuih yang sangat popular di pantai timur seperti KELANTAN.Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur dan disira panas dalam air gula.Ia dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik,menurut cita rasa pembuatnya.


    Biasanya kuih tahi itik dibuat serentak dengan kuih jala mas atau kuih pauh dilayang,kerana kedua kuih tersebut menggunakan kuning telur,sementara tahi itik menggunakan putih telur.


    Related imageKuih tahi itik biasanya tidak banyak dijual secara meluas dan kerana pembuatannya bergantung kepada ada putih telur atau tidak yang biasanya merupakan sisa dari penyediaan kuih jala mas dan seperti dengannya.

    Kuih tahi itik ini biasanya bileh didapati di pasar-pasar minggu dan pasar tani pada musim-musim tertentu seperti musim cuti sekolah,ketika banyak majlis perkahwinan diadakan.

    Kuih tahi itik kurang diminati di kalangan golongan muda kerana ia merupakan sejenis kuih yang manis.Selain itu,ia dianggap mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi dengan itu dianggap kurang baik bagi kesihatan.

    Kuih tahi itik sesuai untuk dijadikan makanan petang kerana rasanya sedap dan manis,biasanya dihidangkan dengan teh tawar kerana ia telahpun manis.Kuih tahi itik turut menjadi tumpuan penggemar makanan yang ingin menukar namanya menjadi sesuatu yang lebih komersial.



    BAHAN-BAHAN


    *10 biji putih telur
    *500ml santan
    *400gm gula pasir
    *100gm tepung pulut
    *150gm tepung beras
    *Sehelai daun pandan(dicarik-carik)


    CARA-CARA

    1.Campurkan semua bahan dan kacau atas api sehingga masak dan nampak sedikit berkilat.
    2.Biarkan sejuk.
    3.Bulatkan atau boleh dibentuk mengikut kesukaan sendiri.




    Source: www.caridestinasi.com
    Source:https://dapurkakyah.blogspot.my/2012/08/kuih-tahi-itik.html
    Source: https://ms.wikipedia.org/wiki/Kuih_tahi_itik








    Sunday, 5 March 2017

    BUDU ISTIMEWA

     BUDU ISTIMEWA

     

    Sebagaimana kita semua ketahui,Budu merupakan makanan yang begitu sinonim dengan rakyat Kelantan.Tapi tak semua rakyat Kelantan yang suka makan makanan ini.Mungkin yang berminat untuk mencuba makanan ini perlulah mendapat tunjuk ajar bagaimana untuk menikmati makanan unik ini.

    Bagi yang tidak biasa mungkin tidak dapat menikmati hidangan ini sekiranya cara hidangannya salah.Dalam pada itu,budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampur dengan bahan makanan lain seperti lada,perahan air limau nipis,lemon atau limau kasturi,hirisan bawang,mangga dan lain-lain. 

    Image result for budu kelantan Budu atau dikenali sosikan bilis ialah sejenis pekasamyang dibuat menggunakan ikan bilis.Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Kelantan.Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur.Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampur dengan bahan makanan lain seperti lada,mempelam, dan air perahan limau nipis dan disertakan ulam-ulaman seperti petai ataupun jering.Lebih-lebih lagi apabila ditambahkan dengan tempoyak.Pasti menjilat jari.


    Budu menjadi makanan wajib bagi rakyat Kelantan dan sudah tersebar keseluruh Malaysia dan baru-baru ini menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun,Amerika Syarikat,Australia,New Zealand dan Jerman.



    BAHAN-BAHAN


    Ikan bilis segar ( sebesar ikan bilis yang dibuat kering tu)garam, asam keping, gula melaka/manisan

    Image result for budu kelantan

    CARA-CARA

    1. Ikan bilis dibersihkan dan ditoskan.

    2. Gaulkan bersama garam sehingga rasa kesat di tangan ( menunjukkan garam cukup masinnya)

    3. Masukkan beberapa asam keping dan gula melaka. Digaul rata.

    4. Masukkan ke dalam botol. Sebelum ditutup botol tersebut taburkan garam terlebih dahulu( bagi mengelakkan lalat bertelur).Tutup botol dengan kemas.

    5. Letakkan botol tersebut di tengah panas.

    6. Selalu2lah kacau setiap hari sehingga ikan bilis hancur. Paling lama 40 hari boleh dihidangkan.

    7. Selamat mencuba kawan2!!


      Source: www.caridestinasi.com

    Source: www.ombak73.com


    KEUNIKAN MAKANAN KELANTAN

    WELCOME TO MY BLOG


          Hai,Assalamualaikum dan salam sejahtera.Kali ini saya inginmembawa para pembaca mengenali makanan tradisional RAKYAT NEGERI KELANTAN.Saya bawakan tajuk ini kerana ingin berkongsi maklumat bahawa antaramakanan kegemaran yang biasa kita nikmati mungkin sebenarnya berasal dari negeri ini.Ya,oleh kerana makanan setiap negeri-negeri di Malaysia ini semakin mudah didapati di serata negara,maka mungkin kita terlupa asal usul sesuatu hidangan tersebut.Jadi,kitab akan lihat antara hidangan istimewa dari Negeri Cik Siti Wan Kembang ini.Kelantan memang cukup terkenal dengan makanan-makanan dan kuih muih yang sedap-sedap.Lauk pauknya juga tidak kurang menariknya sehingga berkembang ke negeri-negeri lain.Kalau bercuti ke Kelantan,jangan lupa untuk mencuba makanan tradisional Kelantan yang namanya banyak pelik dan ada juga nama yang mengerikan tetapi rasanya begitu enak sekali.




          MARI KITA SAMA-SAMA LIHAT DAN BACA APA YANG DIKATAKAN MAKANAN NEGERI KELANTAN BEGITU ENAK DAN UNIK.